Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif telah mewakili Ketua Menteri Sabah bagi menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penangguhan 'Sabah International Halal Expo' (SAHEX) di SICC baru baru ini. Turut dilancarkan Aplikasi Halal Sabah untuk memudahkan masyarakat mengetahui senarai produk dan premis halal di Sabah. Dilancarkan juga Buku Panduan Konsultan Halal Sabah. Turut Hadir ialah Datuk Seri Panglima Yahya Hussin Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) .