20 MAC 2025 : KHAMIS
PAPAR

Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim Setiausaha Tetap Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi Negeri Sabah telah menghadiri Majlis Iftar Bersama Institut Latihan Teknikal dan Perdagangan (ILTP) di Dewan Serbaguna Kampus ILTP JPSM Papar malam kelmarin. Jumlah pelatih seramai 305 orang dengan pelbagai bidang, bersyukur kerana di berikan peluang untuk meneruskan pengajian yang lebih tinggi . Hanafiah turut meluangkan masa untuk berbual serta beramah mesra dengan pelatih ILTP sebelum menunaikan solat tarawih di Surau JPSM Papar. Hadir sama ialah Puan Kamsiah Binti Ibrahim Timbalan Pengarah JPSM dan Mohd Adnan Bin Abdullah ADO Pembangunan Pejabat Daerah Papar.