TAWAU | AHAD, 11 MEI 2025
Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif, JP, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah merangkap Exco Pendidikan dan Agama Negeri Sabah, bersama-sama Datuk Mohd. Hanafiah bin Mohd. Kassim, Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, telah menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Program MADANI Rakyat 2025 Sabah yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, dan diiringi oleh Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah di Tawau baru-baru ini. Selain itu, Perdana Menteri turut melancarkan Program Solar MADANI yang melibatkan pemasangan dan penyelenggaraan lampu jalan kampung demi keselamatan rakyat, terutamanya di kawasan pedalaman. Bersempena Hari Ibu, Perdana Menteri turut mengumumkan bajet tambahan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan gerai-gerai di Sabah, terutamanya di kawasan pedalaman.
Turut hadir ialah Datuk Ewon Benedick (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi), YBhg. Tan Sri Shamsul Azri (Ketua Setiausaha Negara), Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP (Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah), para jemaah menteri, setiausaha-setiausaha tetap kementerian dan penjawat awam.