KOTA KINABALU | AHAD, 31 OGOS 2025

PERTANDINGAN BERJALAN LALU PERBARISAN HARI KEBANGSAAN HARI SABAH 2025

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah telah menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2025 yang berlangsung di Jalan Tun Fuad Stephens pada 31 Ogos 2025 baru – baru ini. Acara penuh gilang-gemilang itu telah menghimpunkan seramai 169 kontijen, merangkumi 126 kontijen perbarisan dan 43 buah aset kenderaan daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, badan beruniform serta pertubuhan masyarakat. Dalam penyertaan kali ini, kontijen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) telah berjaya meraih tempat ke-7 dalam kategori perbarisan, sekali gus membuktikan semangat berpasukan, disiplin serta komitmen tinggi warga kementerian. Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh kontijen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) atas kejayaan ini yang bukan sahaja mengharumkan nama kementerian, malah turut mencerminkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negeri Sabah dan negara.