KOTA KINABALU | KHAMIS, 11 SEPTEMBER 2025
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM STEM SYNERGY & SHOWCASE MINI TEATER STEM SABAH ANJURAN PERSATUAN STEM KEBANGSAAN/NATIONAL STEM ASSOCIATION
Encik Janudin bin Jumat, Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah telah mewakili YBhg. Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif, JP, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah merangkap Exco Pendidikan dan Agama Negeri Sabah dalam Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah Program STEM Synergy & Showcase Mini Teater STEM Sabah. Program anjuran Persatuan STEM Kebangsaan (National STEM Association) ini telah berlangsung di Perpustakaan Negeri Sabah pada hari ini, dengan matlamat untuk mengukuhkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang STEM, memperkasa strategi penghasilan produk inovasi, serta meningkatkan kebolehan memasarkan produk inovatif ke pasaran sebenar. Penganjuran program ini diharapkan dapat melahirkan generasi muda yang lebih berdaya saing, inovatif dan bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0.
Turut hadir Prof. Emeritus Dato’ Dr. Noraini binti Idris, Pengerusi Persatuan STEM Kebangsaan, pegawai kerajaan, guru-guru dan para pelajar STEM.
#kementeriansainsteknologidaninovasisabah
#KSTI
#STEM