KOTA KINABALU | ISNIN, 29 SEPTEMBER 2025
3rd ASEAN BLUE ECONOMY FORUM 2025 EXHIBITION

Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, YBhg. Tuan Hassan bin Mahali telah menghadiri Majlis Perasmian 3rd ASEAN Blue Economy Forum 2025 Exhibition yang telah disempurnakan oleh YB Dato Hajah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, diiringi oleh YBhg. Dato' Nor Azmie bin Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, serta YBhg. Datuk Jasmine Teo, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah di Sabah International Convention Centre (SICC) Isnin lalu.

Forum ini menekankan kepentingan Ekonomi Biru (Blue Economy) di Sabah dengan memberi penekanan kepada penggunaan sumber lautan secara lestari, menggalakkan inovasi, serta meneroka peluang baharu bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk menjadi sebahagian daripada sektor yang sedang berkembang.

Turut hadir ialah Puan Doria Tai Yun Tyng, Timbalan Setiausaha Tetap I Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah; Puan Cornelia binti Gregory Kolopis Han, Ketua Penolong Setiausaha Kanan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah; ketua-ketua jabatan; serta pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Sabah.
#kementeriansainsteknologidaninovasisabah
#KSTI
#SabahMajuJaya
#MalaysiaMadani