PAPAR | AHAD, 04 OKTOBER 2025
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN ROBONEO 2025 “TECHNOLOGY PUSHING BEYOND LIMIT”
Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, YBhg. Tuan Hassan bin Mahali, telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Roboneo 2025 “Technology Pushing Beyond Limit” yang telah diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Pengalat, Papar, Sabah Ahad lalu.
Program RoboNeo 2025 bukan sahaja menonjolkan kehebatan para peserta dalam bidang robotik dan teknologi, malah turut berperanan sebagai platform kolaborasi strategik antara institusi pendidikan, agensi kerajaan dan pihak industri ke arah membina ekosistem inovasi yang mampan di Sabah. Program ini telah menerima penyertaan seramai 354 peserta yang bersaing dalam lapan (8) kategori pertandingan, sekali gus mencerminkan sambutan serta minat yang tinggi terhadap bidang robotik dan teknologi dalam kalangan pelajar serta belia di negeri ini.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas kejayaan yang diraih. Semoga kemenangan tersebut menjadi pendorong dan suntikan semangat untuk terus maju serta memperkukuh ekosistem inovasi dan teknologi di Negeri Sabah.
#kementeriansainsteknologidaninovasisabah
#KSTI