KOTA KINABALU | ISNIN, 03 NOVEMBER 2025

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN RURAL SOCIAL ENTERPRISE GATHERING 2025

Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, YBhg. Tuan Hassan bin Mahali, telah menghadiri Rural Social Enterprise Gathering 2025 yang disempurnakan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Malaysia di Sipadan Hall I, Sabah International Convention Centre (SICC) pada hari isnin lalu.

Program ini merupakan platform penting dalam menghimpunkan usahawan sosial, komuniti luar bandar, agensi kerajaan serta rakan strategik bagi memperkukuh jaringan kerjasama dan memperkasa pembangunan perusahaan sosial di luar bandar. Selain itu, ia turut berperanan sebagai medium untuk berkongsi pengalaman, idea serta inovasi dalam melahirkan usahawan sosial yang berdaya saing dan mampu menyumbang kepada kesejahteraan komuniti luar bandar Sabah.
#kementeriansainsteknologidaninovasisabah
#KSTISABAH
#scenic
#ruralsocialenterprisegathering2025
#RSEG