Menteri Pendidikan, Sains dan Teknologi Sabah, YB Datuk James Ratib, menyeru syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar bersama-sama menyokong inisiatif Dapur Siswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang membantu pelajar kurang berkemampuan, khususnya dari luar bandar.
Sejak diperkenalkan pada November lalu, inisiatif ini memanfaatkan kira-kira 3,500 pelajar di Kolej Kediaman Tun Fuad dan Kolej Kediaman Tun Mustafa, sekali gus meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat.
Sebagai komitmen awal, beliau bersama beberapa GLC di bawah kementerian telah menyalurkan sumbangan termasuk sumbangan peribadi RM30,000 bagi memastikan kelangsungan program. Kerajaan Negeri turut komited memperluaskan pelaksanaannya ke kampus UMS di Labuan dan Sandakan.
Beliau berharap lebih banyak pihak tampil menyokong melalui sumbangan kewangan atau bahan mentah makanan demi kebajikan mahasiswa Sabah