Susulan bencana banjir yang melanda SK Rampayan, Menggatal, YB Datuk James Ratib telah bergegas meninjau keadaan sekolah serta mengarahkan penyaluran bantuan segera bagi memastikan sesi persekolahan murid tidak terjejas.
Antara bantuan yang disalurkan merangkumi sekitar 300 unit meja dan kerusi murid, serta penggantian set komputer dan pencetak bagi kegunaan guru-guru yang terkesan akibat musibah tersebut.
Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah akan terus memantau rapi keadaan sekolah-sekolah yang terjejas demi memastikan kebajikan murid serta guru sentiasa menjadi keutamaan tertinggi.
YB Datuk James Ratib turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, pasukan keselamatan, dan semua pihak yang bertindak tangkas dalam membantu kerja-kerja pemulihan ini.