YB Datuk James Ratib telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Tindakan Bantuan Komputer Riba, Starlink dan Panel Solar bagi sekolah-sekolah seluruh Negeri Sabah.
Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) komited untuk mendapatkan kelulusan bagi pembekalan 45,000 unit komputer riba daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk diagihkan kepada sekolah-sekolah yang memerlukan.

Inisiatif ini melibatkan peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah, termasuk pembekalan papan pintar (smart board) untuk sesi pembelajaran interatif, pemasangan internet satelit starlink di 68 buah sekolah yang ketiadaan capaian internet dan juga penyediaan system tenaga solar bagi sekolah-sekolah di Kawasan pedalaman yang belum mempunyai bekalan elektrik.

Disamping itu, dengan langkah proaktif ini amat penting bagi memastikan Sabah terus berdaya saing dalam pembaagunan teknologi Pendidikan, terutamanya dalam penerapan Teknologi Digital dan Kecerdasan buatan (AI), selari dengan kemajuan negeri-negeri lain.

Segala usaha ini akan dilaksanakan secara berperingkat dengan kerjasama erat bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) serta agensi-agensi berkaitan demi menjamin masa depan dan kecemerlangan pendidikan anak-anak Sabah."