Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James bin Ratib, telahi menghadiri Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara (2026–2035) yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Rancangan Pendidikan Negara merupakan dokumen strategik jangka panjang yang bakal memandu hala tuju sistem pendidikan negara bagi tempoh sedekad akan datang. Ia bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang berilmu, berdaya saing, serta kental dalam menghadapi cabaran global masa depan.
Bagi pihak Kerajaan Negeri, Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah menyambut baik pelaksanaan rancangan ini. YB Datuk James bin Ratib menegaskan komitmen kementerian untuk menyelaraskan setiap inisiatif pendidikan di Sabah agar bergerak seiring dengan aspirasi pendidikan negara, demi menjamin kecemerlangan anak-anak Sabah dalam ekosistem pendidikan yang lebih progresif.