Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah, YB Datuk James bin Ratib, telah mengetuai delegasi seramai 13 orang pegawai kementerian mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pendidikan Malaysia, YB Puan Fadhlina binti Sidek, di Putrajaya.
Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha KPM, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, serta Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Dr. Mohd Azam bin Ahmad.
Beberapa perkara penting telah dibincangkan termasuk isu perjawatan, khususnya keperluan pengwujudan gred JUSA C bagi memperkukuh pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, keutamaan penyelenggaraan sekolah daif Skala 6 dan 7, serta penelitian semula silibus mata pelajaran Sejarah agar sejarah Sabah dapat dikoordinasikan dengan lebih menyeluruh.
KPSTI Sabah turut mengemukakan permohonan pembekalan Smart-Board kepada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyokong usaha pendigitalan sekolah selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Sabah.
KPM juga bersetuju untuk mengaktifkan semula perancangan pembinaan SMK Botition dan akan dimohon di dalam Rolling Plan 3 (RP3) kelak.
Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan terus diperkukuh demi masa depan pendidikan anak-anak Sabah