Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib, telah menghadiri serta menyempurnakan Majlis Graduasi Peneraju Borneo bagi Fasa 2 dan Fasa 3 Kursus Data Strategist yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).
Majlis ini menyaksikan seramai 29 graduan berjaya menerima sijil masing-masing, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa pembangunan modal insan Sabah agar sentiasa relevan dengan keperluan kemahiran dalam era teknologi digital dan analitik data.
Program ini bukan sahaja melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, malah membentuk data strategist komuniti yang mampu berperanan sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat dalam memperkukuh perancangan pembangunan serta tadbir urus berasaskan data.
Tahniah diucapkan kepada semua graduan. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negeri Sabah.
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Pembangunan (Sabah); YBrs. Encik Ibrahim Sani, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju; serta YBhg. Datuk Haji Mohd Hasnol Datuk Ayub, Yang Dipertua Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah.