Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James bin Ratib, mengiringi Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Sekolah Agama Negeri (SAN) Apas yang berlangsung di Balung, Tawau.
Pembukaan SAN Apas ini merupakan satu pencapaian signifikan dalam usaha berterusan Kerajaan Negeri untuk memperkukuh sistem pendidikan agama, sekali gus melahirkan generasi yang bukan sahaja berilmu dan berdaya saing, malah berakhlak mulia serta seimbang dari segi duniawi dan ukhrawi. Penyediaan kemudahan pendidikan yang kondusif seperti ini bukan sekadar memperluas akses pembelajaran kepada anak-anak di kawasan luar bandar, tetapi merupakan pelaburan strategik jangka panjang dalam pembangunan modal insan Negeri Sabah.
Disamping itu, YB Datuk James bin Ratib turut hadir ke Masjid Al-Ansar, Taman Sawit Balung bagi mengikuti majlis kenduri kesyukuran bersama barisan kepimpinan negeri dan komuniti setempat. Suasana yang penuh muhibah dan kebersamaan itu jelas mencerminkan semangat perpaduan yang teguh serta keharmonian masyarakat yang menjadi tunjang kekuatan negeri kita.
YB Datuk James bin Ratib turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kedua-dua program tersebut dan berharap agar segala usaha murni ini terus memberikan keberkatan serta manfaat yang berpanjangan kepada seluruh rakyat Sabah, selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya.