YB Datuk James bin Ratib, Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Kota Kinabalu yang dipengerusikan bersama oleh YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah dan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh agenda pembangunan serta kesejahteraan rakyat di Sabah.

Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam menyelaras perancangan dan pelaksanaan inisiatif pembangunan secara lebih bersepadu, termasuk memperkasa kerjasama strategik antara pelbagai pihak berkepentingan.

Inisiatif seperti ini diyakini akan terus memacu pembangunan negeri secara inklusif dan mampan, selaras dengan aspirasi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat serta memperkukuh kemakmuran Sabah.

Turut hadir ialah YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Kewangan Sabah; YB Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah; YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak); YB Datuk Julita Mojungki, Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah; serta Datuk Seri Sr. Sabin Samitah, Datuk Bandar Kota Kinabalu.