Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James bin Ratib, telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Guru Besar Malaysia Sabah (PBGM), Pertemuan strategik ini telah membuka ruang perbincangan yang konstruktif dalam usaha memperkukuh kakitangan sekolah untuk menjaga kebajikan warga pendidik, serta memperkasa sistem pendidikan di seluruh negeri Sabah secara inklusif.
YB Datuk James bin Ratib amat menghargai atas kehadiran Yang Dipertua PBGM, YBhg. Datuk Nordin Mohd Taib, bersama Encik Ismail Ag Damit serta barisan kepimpinan kanan persatuan yang turut dihadiri bersama Datuk Hassan Bin Mahali, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.
Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah sentiasa komited untuk bekerjasama rapat dengan semua pemegang taruh pendidikan, khususnya para guru besar yang menjadi tonggak utama kecemerlangan sekolah.