KOTA KINABALU | RABU, 22 APRIL 2026
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH (KPSTI) BERSAMA ARAS INTEGRASI SDN. BHD. DAN MAJLIS PELUNCURAN PROGRAM PEMERKASAAN AI UNTUK GENERASI PENDIDIK BAHARU.
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI) bersama Aras Integrasi Sdn. Bhd. Kerjasama strategik ini memberi fokus kepada pembangunan ekosistem Kecerdasan Buatan (AI) dengan penekanan kepada pembangunan kapasiti di peringkat sekolah, tenaga pengajar serta institusi pengajian tinggi.
MoU ini bukan sahaja memperkukuh penggunaan AI secara bertanggungjawab dalam pendidikan, malah membuka ruang kepada pemerkasaan pendidik, pemimpin dan pelajar dengan kemahiran masa hadapan yang relevan, selaras dengan nilai tempatan dan tadbir urus beretika.
Usaha ini adalah kesinambungan daripada penglibatan strategik sejak Februari 2026, yang kini diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan melalui Sabah Sovereign AI Roadmap.