KUNJUNGAN HORMAT MCMC BERSAMA WAKIL SYARIKAT TELCO KEPADA MENTERI PENDIDIKAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH
KOTA KINABALU | ISNIN, 22 JUN 2026
Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib, telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama wakil-wakil syarikat telekomunikasi (TELCO) bagi membincangkan usaha memperkukuh infrastruktur telekomunikasi dan memperluaskan liputan rangkaian digital di seluruh Negeri Sabah.
Dalam pertemuan tersebut, YB Menteri menegaskan bahawa kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri, MCMC dan industri telekomunikasi amat penting bagi merapatkan jurang digital serta memastikan rakyat Sabah, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman, menikmati akses internet yang stabil, berkualiti dan menyeluruh.
Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI) akan terus memberikan sokongan penuh terhadap pelaksanaan inisiatif pemerkasaan prasarana digital bagi memperkasa agenda pendidikan, inovasi dan ekonomi digital negeri, selaras dengan aspirasi *Sabah Maju Jaya*.
Turut hadir Pengarah MCMC Negeri Sabah, Puan Ratnawaty binti Talib, bersama barisan pengurusan tertinggi syarikat-syarikat telekomunikasi.
#KPSTISabah #SabahMajuJaya #MCMC #DigitalSabah #Telekomunikasi