Bengkel Siri 2: Envisioning Intelligent Government: Sabah AI Strategy Engagement
Susulan daripada pelaksanaan Siri 1: AI Strategy Pre-Briefing, Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI) telah menganjurkan Bengkel Siri 2: Envisioning Intelligent Government: Sabah AI Strategy Engagement yang berlangsung di AI Experiential Hub, Aras 9, Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Wisma Bandaraya.
Bengkel ini menghimpunkan wakil daripada kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Sabah yang menerajui penyediaan Pelan Strategik Kecerdasan Buatan (AI) Negeri Sabah. Program ini memberi tumpuan kepada sesi perbincangan dan libat urus secara kolaboratif bagi mengenal pasti keutamaan strategik, peluang pelaksanaan serta inisiatif berimpak tinggi ke arah mempercepatkan transformasi digital sektor awam di Sabah.
Melalui pendekatan yang inklusif dan bersepadu, bengkel ini bertujuan memastikan strategi AI yang dibangunkan adalah menyeluruh, praktikal, berimpak tinggi serta selaras dengan aspirasi transformasi digital Kerajaan Negeri Sabah, sekali gus menjadi asas kepada pembangunan ekosistem AI yang mampan serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, inovatif dan berpaksikan rakyat.
Turut hadir ialah Puan Doria Tai Yun Tyng, Timbalan Setiausaha Tetap I, Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Puan Alijah binti Ismail, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, serta pegawai-pegawai daripada kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Sabah.



