Skip to main content

Malaysia crest

Sabah crest

.

Menu

LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

.

  • Utama
  • Profil
    • Perutusan Menteri
    • Latar Belakang
    • Visi, Misi dan Moto
    • Objektif
    • Fungsi Utama Bahagian
    • Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Direktori
    • Tender & Sebutharga
  • Media
    • Keratan Akhbar
    • Galeri Foto
    • Buku Digital
    • Galeri Video
  • Muat Turun
  • Pautan
    • Pautan Pengguna Kerajaan
    • Pautan Berkaitan
    • Dashboard KPSTI
    • Permohonan Kursus ICT dan Bahasa
    • Repositori Digital Integriti
  • Microsite
    • MaPTIS
Close

Main navigation (mobile)

  • Utama
  • Profil
    • Perutusan Menteri
    • Latar Belakang
    • Visi, Misi dan Moto
    • Objektif
    • Fungsi Utama Bahagian
    • Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Direktori
    • Tender & Sebutharga
  • Media
    • Keratan Akhbar
    • Galeri Foto
    • Buku Digital
    • Galeri Video
  • Muat Turun
  • Pautan
    • Pautan Pengguna Kerajaan
    • Pautan Berkaitan
    • Dashboard KPSTI
    • Permohonan Kursus ICT dan Bahasa
    • Repositori Digital Integriti
  • Microsite
    • MaPTIS

Galeri Foto

04-09-2026 KUNJUNGAN HORMAT DUTA BESAR FINLAND KE KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (KPSTI) SABAH

KOTA KINABALU | 4 SEPTEMBER 2026 (JUMAAT)

KUNJUNGAN HORMAT DUTA BESAR FINLAND KE KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (KPSTI) SABAH

Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah, YBhg. Datuk Hassan bin Mahali, telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Finland, Puan Yang Terutama (PYT) Mrs. Anne Vasara, di KPSTI Sabah, hari ini.

Kunjungan hormat ini menjadi wadah untuk bertukar pandangan, hala tuju serta memperkukuh hubungan dan kerjasama strategik dalam bidang pendidikan, sains, teknologi dan inovasi. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada potensi kerjasama dan perkongsian kepakaran serta amalan terbaik, khususnya dalam usaha memperkukuh ekosistem pendidikan, sains, teknologi dan inovasi serta pembangunan modal insan di Sabah.

Hubungan dan jaringan strategik seperti ini amat penting dalam membuka ruang kepada penerokaan inisiatif serta peluang kerjasama baharu yang dapat menyokong aspirasi pembangunan negeri dan memperkukuh kedudukan Sabah sebagai negeri yang progresif dalam bidang pendidikan, sains, teknologi dan inovasi.

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap I, YBrs. Puan Doria Tai Yun Tyng; Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC), YBrs. Encik Mohd Lan bin Muslim; Timbalan Pengarah Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi (JTDI), YBrs. Encik Kamaltan bin Karimin; Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), Encik Muhammad Ikhwan bin Ghulam Jelani; Setiausaha Rendah (SUR KPSTI), Puan Cornelia binti Gregory Kolopis Han; ketua-ketua bahagian; serta pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Kembali ke Galeri Foto

KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

.

Tingkat Bawah, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya,
Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.

088-277340 |

admin.ksti@sabah.gov.my

  • Facebook
  • YouTube
  • Dashboard KSTI
  • Direktori

Footer menu 2023

  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Polisi Hak Cipta
  • Polisi Privasi

Hak cipta © Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Kemaskini terakhir: 06/09/2026

QR code to KSTI website

REPOSITORI
Digital Integriti

Klik untuk baca lebih lanjut mengenai Integriti Digital
CAKNABAHASA