KPSTI – KKTP PERKUKUH KERJASAMA DIGITAL & TEKNOLOGI HIJAU
KPSTI – KKTP PERKUKUH KERJASAMA DIGITAL & TEKNOLOGI HIJAU
KOTA KINABALU |RABU, 23 SEPTEMBER 2026
Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib, mengadakan pertemuan strategik bersama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, YB Datuk Dr. Mohd Arifin bin Mohd Arif, bagi membincangkan usaha memperluas penggunaan teknologi, pendigitalan dan inovasi di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Sabah.
Pertemuan turut memberi tumpuan kepada Inisiatif CAHAYA Sabah melalui pembangunan Digital Billboard, cadangan SETIA Sabah berteraskan penggunaan tenaga solar di bangunan kerajaan serta penyerahan Smart TV kepada PBT seluruh Sabah. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam, memperluas hebahan maklumat, mengoptimumkan kos operasi serta membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada anak tempatan.
Sinergi rentas kementerian dan agensi akan terus diperkasa bagi memastikan agenda teknologi, pendigitalan dan teknologi hijau dilaksanakan secara berimpak demi kesejahteraan rakyat, selaras dengan slogan “Teknologi untuk Rakyat, Inovasi untuk Sabah” dan aspirasi Sabah Maju Jaya.
Turut hadir Peguam Besar Negeri Sabah, YBhg. Datuk Brenndon Keith Soh; Setiausaha Tetap KPSTI, YBhg. Datuk Hassan Mahali; Setiausaha Tetap KKTP, YBhg. Datuk Jumain Abdul Ghani; Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Skills Development (SSD), Ts. Dr. Hazrullizam Idris serta pegawai – pegawai kerajaan.



