PROGRAM KINETIC NEXT 2026: SPORTS MEDICINE SYMPOSIUM – INNOVATION IN SPORTS PERFORMANCE & REHABILITATION
KOTA KINABALU I Rabu 14 OKTOBER 2026
PROGRAM KINETIC NEXT 2026: SPORTS MEDICINE SYMPOSIUM – INNOVATION IN SPORTS PERFORMANCE & REHABILITATION
Yang Berusaha Puan Doria Tai Yun Tyng ,Timbalan Setiausaha Tetap I,Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah telah merasmikan Pogram KINETIC NEXT 2026: SPORTS MEDICINE SYMPOSIUM – INNOVATION IN SPORTS PERFORMANCE & REHABILITATION di Kota Kinabalu pagi hari ini bagi mewakili Yang Berhormat Datuk James Ratib Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah .
“Inovasi tidak seharusnya dilihat hanya dalam bidang teknologi digital atau industri. Bidang perubatan dan kesihatan juga mempunyai potensi yang sangat besar untuk diterokai melalui sains, teknologi, kreativiti dan inovasi. Daripada teknologi rehabilitasi, peralatan perubatan, pemantauan prestasi atlet, pencegahan kecederaan sehinggalah kepada penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan, semuanya membuka ruang kepada doktor, saintis, penyelidik dan inovator tempatan untuk menghasilkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada masyarakat.” Doria turut menambah bahawa PIKKSA mempunyai potensi untuk menjadi antara platform yang membantu menghubungkan inovator, saintis, pakar perubatan dan pemain industri. Pengalaman klinikal dan masalah sebenar yang ditemui oleh petugas kesihatan boleh diterjemahkan kepada idea, penyelidikan dan seterusnya pembangunan produk yang lebih praktikal dan memberi impak.
Turut hadir ialah Encik Mohd Lan Bin Muslim ,Ketua Pegawai Eksekutif, Sabah Creative Economy & Innovation Centre (SCENIC) Dr. Redzal Abu Hanifah,Ketua Jabatan Perubatan Sukan,Hospital Queen Elizabeth dan Tuan Mohd Sukri Bin Umar ,Pengerusi Persatuan Inovasi Kota Kinabalu Sabah (PIKKSA),merangkap Pengerusi Penganjur KINETIC NEXT 2026



