Memperkukuh Jalinan Strategik Bersama JSJN Sabah
Memperkukuh Jalinan Strategik Bersama JSJN Sabah
KOTA KINABALU | KHAMIS, 24 SEPTEMBER 2026
Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib, telah menerima sesi taklimat Jalinan Strategik daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sabah yang disampaikan oleh Ketua JSJN Sabah, ACP Alhusin bin Halil, bertempat di pejabat beliau. Sesi perbincangan strategik ini berfokus kepada usaha memperkukuh kerjasama ikhlas antara pihak berkuasa dan kementerian dalam membendung ancaman serta penyalahgunaan dadah menerusi pendekatan pendidikan dan kempen kesedaran yang berfokus di peringkat sekolah dan institusi pengajian.
YB Datuk James Ratib menegaskan bahawa Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI) komited menyokong penuh langkah pencegahan berterusan bagi melindungi dan membina persekitaran yang selamat untuk modal insan muda negeri ini. Beliau menambah bahawa jalinan kerjasama bersepadu rentas agensi seperti ini amat kritikal bagi memastikan masa depan dan sahsiah generasi muda Sabah terus terpelihara, selaras dengan aspirasi pembangunan sosial di bawah hala tuju Sabah Maju Jaya.



