Skip to main content

Malaysia crest

Sabah crest

.

Menu

LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

.

  • Utama
  • Profil
    • Perutusan Menteri
    • Latar Belakang
    • Visi, Misi dan Moto
    • Objektif
    • Fungsi Utama Bahagian
    • Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Direktori
    • Tender & Sebutharga
  • Media
    • Keratan Akhbar
    • Galeri Foto
    • Buku Digital
    • Galeri Video
  • Muat Turun
  • Pautan
    • Pautan Pengguna Kerajaan
    • Pautan Berkaitan
    • Dashboard KPSTI
    • Permohonan Kursus ICT dan Bahasa
    • Repositori Digital Integriti
  • Microsite
    • MaPTIS
Close

Main navigation (mobile)

  • Utama
  • Profil
    • Perutusan Menteri
    • Latar Belakang
    • Visi, Misi dan Moto
    • Objektif
    • Fungsi Utama Bahagian
    • Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Direktori
    • Tender & Sebutharga
  • Media
    • Keratan Akhbar
    • Galeri Foto
    • Buku Digital
    • Galeri Video
  • Muat Turun
  • Pautan
    • Pautan Pengguna Kerajaan
    • Pautan Berkaitan
    • Dashboard KPSTI
    • Permohonan Kursus ICT dan Bahasa
    • Repositori Digital Integriti
  • Microsite
    • MaPTIS

Galeri Foto

25-09-2026 TAHNIAH JOHAN KEBANGSAAN NATIONAL SCIENCE CHALLENGE 2026

KOTA KINABALU |AHAD, 25 SEPTEMBER 2026

TAHNIAH JOHAN KEBANGSAAN NATIONAL SCIENCE CHALLENGE 2026

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib, merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada tiga pelajar Sekolah Menengah (SM) Tshung Tsin Sabah, iaitu Brenna Carmen Hee, Carol Lee Sing Nee, dan Kang Juwon, atas kejayaan cemerlang muncul sebagai Johan Kebangsaan National Science Challenge (NSC) 2026. Pencapaian berprestij itu membolehkan mereka membawa pulang Piala Cabaran YAB Perdana Menteri sekali gus mengharumkan nama Sabah di peringkat kebangsaan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Bagi menzahirkan penghargaan serta sokongan padu Kerajaan Negeri, YB Datuk James Ratib telah menyampaikan sumbangan khas kepada ketiga-tiga pelajar berkenaan yang dijadual mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Perdana Menteri di Putrajaya sebelum mewakili Malaysia ke Jepun bagi menyertai program STEM antarabangsa.

Sehubungan itu, YB Datuk James Ratib berharap kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga sekolah di Sabah untuk terus memperkukuh penglibatan dan kecemerlangan dalam bidang STEM. Beliau turut menggalakkan sekolah-sekolah lain di negeri ini menjadikan pencapaian SM Tshung Tsin Sabah sebagai inspirasi utama dalam melahirkan lebih ramai bakat muda berdaya saing global. Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI) kekal bertekad menyokong pembentukan modal insan berpengetahuan tinggi demi memacu kemajuan sains dan teknologi negeri selaras dengan hala tuju Sabah Maju Jaya.

Kembali ke Galeri Foto

KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

.

Tingkat Bawah, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya,
Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.

088-277340 |

admin.ksti@sabah.gov.my

  • Facebook
  • YouTube
  • Dashboard KSTI
  • Direktori

Footer menu 2023

  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Polisi Hak Cipta
  • Polisi Privasi

Hak cipta © Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Kemaskini terakhir: 16/10/2026

QR code to KSTI website

REPOSITORI
Digital Integriti

Klik untuk baca lebih lanjut mengenai Integriti Digital
CAKNABAHASA