PROGRAM EKSPLORASI DAN PENANDA ARAS INOVASI DIGITAL SEKTOR AWAM 2026
KUALA LUMPUR | JUMAAT, 23 OKTOBER 2026
PROGRAM EKSPLORASI DAN PENANDA ARAS INOVASI DIGITAL SEKTOR AWAM 2026
Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah telah menganjurkan Program Eksplorasi dan Penanda Aras Inovasi Digital Sektor Awam 2026 bagi memberikan pendedahan kepada penjawat awam Negeri Sabah mengenai perkembangan teknologi serta amalan inovasi digital yang dilaksanakan oleh jabatan, agensi dan syarikat berkepentingan di Semenanjung Malaysia.
Program ini disertai oleh seramai sembilan (9) orang johan daripada setiap kategori Website and Dashboard Innovation Competition (WADIC) 2026 sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian mereka dalam bidang pembangunan laman web dan dashboard, di samping membuka peluang untuk meneroka idea serta pendekatan baharu dalam inovasi digital.
Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang mengikuti lawatan dan sesi perkongsian ilmu di beberapa organisasi dan pusat penerokaan teknologi, termasuk Malaysia Board of Technologists (MBOT), Leave a Nest dan Petrosains, The Discovery Centre. Lawatan ini memberikan ruang kepada peserta untuk bertukar pandangan serta mendapatkan pendedahan mengenai teknologi, inovasi dan pendekatan penyampaian perkhidmatan yang berpotensi untuk disesuaikan dan diaplikasikan di jabatan serta agensi masing-masing.
Program ini diakhiri dengan majlis penutupan dan penyampaian cenderahati yang telah disempurnakan oleh Setiausaha Tetap KPSTI, YBhg. Datuk Hassan bin Mahali.
Penganjuran program ini diharapkan dapat memperkukuh budaya inovasi digital dalam kalangan penjawat awam Negeri Sabah serta menjadi pemangkin kepada penerapan teknologi dalam usaha meningkatkan kecekapan dan kualiti penyampaian perkhidmatan sektor awam.



