SABAH CREATIVE X 2026 PERKUKUH EKOSISTEM INOVASI DAN BAKAT TEMPATAN
KOTA KINABALU | RABU, 28 OKTOBER 2026
SABAH CREATIVE X 2026 PERKUKUH EKOSISTEM INOVASI DAN BAKAT TEMPATAN
Majlis Penutupan Sabah Creative X 2026 telah disempurnakan oleh YB Jordan Jude Ellron, mewakili YB Datuk James Ratib, Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI).
Penganjuran inisiatif KPSTI menerusi Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) ini menghimpunkan tiga komponen utama, iaitu Future Economy Dialogue (FED), Sabah Innovation Showcase (SIS) dan SCENIC Innovation District Competition (SIDC) 2026.
Majlis turut menyaksikan pelancaran buku The Untold Stories of Changemakers: Social Entrepreneurs in Sabah, hasil kolaborasi antara SCENIC, Benua Brutti dan Social Entrepreneurship Research Team (SERT), Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Kemuncak majlis menyaksikan penyampaian dana inovasi berjumlah RM200,000 kepada lapan pasukan terbaik SIDC 2026. Tiga pasukan top 3, iaitu VITALSYNC (AI-Powered Patient Monitoring System), Local Interactive Epic Novel: Rumandawi dan OcularSense masing-masing menerima RM50,000.
Lima lagi pasukan dalam Top 8, iaitu BIOCOOL DG, METAKAUNSEL, Pantas Baca Jawi (PASCA-ج), ALBATROSS XZXT Silicon IP dan MAMAI AI masing-masing menerima RM10,000. Pantas Baca Jawi turut dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pilihan Ramai (People’s Choice Award).
Turut hadir ialah YBrs. Puan Doria Tai Yun Tyng, Timbalan Setiausaha Tetap I KPSTI; YBrs. Tuan Awangku Raimy bin Pangeran Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap II KPSTI; YBrs. Tuan George Yih, Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah; YBrs. Dr. Mohd Lan bin Muslim, Ketua Pegawai Eksekutif SCENIC; Tuan Norman Matthieu Vanhaecke, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle Fund Sdn. Bhd.; serta wakil agensi kerajaan, industri, akademia dan peserta program.
KPSTI dan SCENIC merakamkan penghargaan kepada semua rakan strategik, agensi, penaja dan pihak yang telah menjayakan Sabah Creative X 2026. Inisiatif ini diharapkan dapat terus memperkukuh ekosistem inovasi, memperkasa bakat tempatan serta membuka lebih banyak peluang kolaborasi demi pembangunan ekonomi Sabah.



