Skip to main content

Malaysia crest

Sabah crest

.

Menu

LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

.

  • Utama
  • Profil
    • Perutusan Menteri
    • Latar Belakang
    • Visi, Misi dan Moto
    • Objektif
    • Fungsi Utama Bahagian
    • Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Direktori
    • Tender & Sebutharga
  • Media
    • Keratan Akhbar
    • Galeri Foto
    • Buku Digital
    • Galeri Video
  • Muat Turun
  • Pautan
    • Pautan Pengguna Kerajaan
    • Pautan Berkaitan
    • Dashboard KPSTI
    • Permohonan Kursus ICT dan Bahasa
    • Repositori Digital Integriti
  • Microsite
    • MaPTIS
Close

Main navigation (mobile)

  • Utama
  • Profil
    • Perutusan Menteri
    • Latar Belakang
    • Visi, Misi dan Moto
    • Objektif
    • Fungsi Utama Bahagian
    • Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Direktori
    • Tender & Sebutharga
  • Media
    • Keratan Akhbar
    • Galeri Foto
    • Buku Digital
    • Galeri Video
  • Muat Turun
  • Pautan
    • Pautan Pengguna Kerajaan
    • Pautan Berkaitan
    • Dashboard KPSTI
    • Permohonan Kursus ICT dan Bahasa
    • Repositori Digital Integriti
  • Microsite
    • MaPTIS

Galeri Foto

27-10-2026 LIBAT URUS PROJEK PEMBANGUNAN MALAYSIA INNOVATION INDEX (MII), FORESIGHT SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (STI) BAKAT STEM MASA DEPAN MALAYSIA DAN SISTEM R&D INDUSTRI MALAYSIA (MyRDI)

Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah, YBhg. Datuk Hassan bin Mahali telah menyempurnakan Sesi Libat Urus Projek Pembangunan Malaysia Innovation Index (MII), Foresight Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Bakat Stem Masa Depan Malaysia dan Sistem R&D Industri Malaysia (MyRDI) di Pusat Digital IoT Sandbox, KPSTI, pada pagi hari kelmarin.

Sesi anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC), dengan kerjasama Malaysia Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), bertujuan membincangkan inisiatif strategik berkaitan pembangunan ekosistem inovasi negara, termasuk pengukuran prestasi inovasi di peringkat kebangsaan dan negeri melalui Malaysia Innovation Index (MII) 2025.

Dalam ucapannya, SUT KPSTI merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur dan menekankan kepentingan penyelidikan, inovasi serta kerjasama strategik antara kerajaan, institusi pendidikan, institusi penyelidikan dan industri bagi memperkukuh ekosistem sains, teknologi dan inovasi. Beliau turut menegaskan potensi Sabah dalam bidang pertanian, perikanan, biodiversiti, bioteknologi, tenaga, ekonomi biru dan teknologi digital yang boleh diperkasakan demi pembangunan mampan serta keperluan masa hadapan.

Turut hadir ialah YBrs. Puan Doria Tai Yun Tyng, Timbalan Setiausaha Tetap I KPSTI; YBrs. Puan Nur Azhani Yunos, Ketua Penolong Setiausaha Kanan MASTIC; YBrs. Encik Robert Tai Chiang Vun, Naib Presiden Kanan MIGHT; YBrs. Dr. Kamsiah binti Ibrahim, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia; YBrs. Dr. Mohd Lan bin Muslim, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Creative Economy & Innovation Centre (SCENIC); serta ketua-ketua jabatan, agensi dan pegawai kerajaan negeri.

Kembali ke Galeri Foto

KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

.

Tingkat Bawah, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya,
Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.

088-277340 |

admin.ksti@sabah.gov.my

  • Facebook
  • YouTube
  • Dashboard KSTI
  • Direktori

Footer menu 2023

  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Polisi Hak Cipta
  • Polisi Privasi

Hak cipta © Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Kemaskini terakhir: 04/11/2026

QR code to KSTI website

REPOSITORI
Digital Integriti

Klik untuk baca lebih lanjut mengenai Integriti Digital
CAKNABAHASA