MEMPERKUKUH HUBUNGAN, MENDENGAR ASPIRASI MAHASISWA SABAH
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍, 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑 𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇
BANGI, SELANGOR |AHAD 1 Nov 2026
BANGI – Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib, telah mengadakan perjumpaan khas bersama pelajar-pelajar anak Sabah yang sedang melanjutkan pengajian di 11 buah universiti di Semenanjung Malaysia sempena Majlis Program Roadshow Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah di Bangi, Selangor. Pertemuan bersemuka ini menjadi platform penting bagi beliau untuk mendengar sendiri pelbagai pandangan, aspirasi, cabaran, serta keperluan kebajikan mahasiswa Sabah yang sedang menuntut ilmu jauh dari tanah air. Sesi interaksi bersemuka ini turut mencerminkan keperihatinan Kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan modal insan negeri di institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta sentiasa dipelihara.
Dalam pertemuan tersebut, YB Datuk James Ratib menasihati seluruh mahasiswa Sabah agar terus menyemarakkan semangat mengejar kecemerlangan akademik, memanfaatkan sepenuhnya skim kemudahan pendidikan yang disediakan Kerajaan Negeri, serta mempersiapkan diri menjadi generasi pelapis yang berilmu dan berkemahiran tinggi. Beliau menegaskan bahawa Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI) sentiasa bersedia menyokong kemajuan bakat muda tempatan demi memastikan mereka kembali berbakti kepada negeri kelahiran, sekali gus memacu agenda pembangunan sosioekonomi Sabah selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya.



