PERKUKUH SOKONGAN, BANGUNKAN PENDIDIKAN SABAH
PERKUKUH SOKONGAN, BANGUNKAN PENDIDIKAN SABAH
KOTA KINABALU | SELASA, 6 Oktober 2026
KOTA KINABALU – Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib, telah menerima kunjungan mesra daripada delegasi Gabungan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Menengah Cina Persendirian Sabah (Sabah Dong Zong) yang diketuai oleh Pengerusinya, YBhg. Datuk Au, bertempat di pejabat beliau. ertemuan ini turut disertai oleh barisan pengetua serta ahli lembaga pengarah sekolah menengah Cina persendirian, antaranya dari Sekolah Menengah Tshung Tsin Sabah dan Sekolah Menengah Kian Kok Kota Kinabalu. Dalam sesi perbincangan tersebut, YB Datuk James Ratib berkongsi pelbagai inisiatif serta skim bantuan pendidikan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri, di samping menggalakkan sekolah-sekolah berkenaan memanfaatkan sepenuhnya saluran bantuan yang sedia ada demi pemantapan prasarana dan akademik.
Kerajaan Negeri sentiasa komited menyokong pembangunan pendidikan semua aliran, kerana setiap sekolah dan anak-anak Sabah mempunyai tempat serta peranan dalam membina masa depan negeri ini.
Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YBhg Datuk Hassan Mahali.
Terima kasih kepada Datuk Au dan seluruh delegasi atas kunjungan serta pandangan yang dikongsikan. Saya juga menghargai ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor atas perhatian dan sokongan terhadap sekolah-sekolah Cina persendirian di Sabah.



