MESYUARAT BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH (JPNS) dan PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH (PDD)
MESYUARAT BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH (JPNS) dan PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH (PDD)
KOTA KINABALU | SELASA, 6 Oktober 2026
Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib, telah mempengerusikan mesyuarat penyelarasan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) serta jajaran Pegawai Pendidikan Daerah (PPD). Sesi perbincangan strategik ini memberikan tumpuan mendalam terhadap isu-isu keutamaan dalam sektor pendidikan, merangka pendekatan berkesan bagi memperkasakan tata kelola serta meningkatkan kecekapan pengurusan perkhidmatan pendidikan di peringkat akar umbi.
Turut hadir Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, YBrs Tuan Haji Abidin Marjan, dan Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Hassan Mahali.
Terus bekerja, terus mendengar dan terus mencari jalan terbaik untuk pendidikan anak-anak Sabah.



