MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PERTANDINGAN KOIR SIMFONI INTEGRITI SEMPENA PELAKSANAAN VARSHA INTEGRITI 2025
KOTA KINABALU | SELASA, 30 SEPTEMBER 2025
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PERTANDINGAN KOIR SIMFONI INTEGRITI SEMPENA PELAKSANAAN VARSHA INTEGRITI 2025
Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, YBhg. Tuan Hassan bin Mahali telah menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Koir Simfoni Integriti Sempena Pelaksanaan Varsha Integriti 2025 yang berlangsung di Dewan Auditorium, Menara Kinabalu pada tengah hari semalam. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah. Selain itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah turut menyertai Pertandingan Koir Simfoni Integriti yang telah berlangsung pada Isnin lalu. Acara penuh meriah ini turut menghimpunkan sepuluh (10) kementerian dan sembilan (9) jabatan di bawah Jabatan Ketua Menteri (JKM) yang berentap bagi merebut gelaran Johan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan koir Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) atas penyertaan cemerlang dalam pertandingan tersebut.
Turut hadir, barisan kepimpinan tertinggi pentadbiran Negeri Sabah, YBhg. Datuk Norlijah Binti Hj. Danin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran); YBhg. Datuk Hanafiah Mohd Kassim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas); YBhg. Datuk Brenndon Keith Soh, Peguam Besar Negeri; Puan Aidah Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri; Setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian; serta pegawai-pegawai kerajaan negeri.
#kementeriansainsteknologidaninovasisabah
#KSTI
#MalaysiaMadani
#SabahMajuJaya



