Skip to main content

Malaysia crest

Sabah crest

.

Menu

LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

.

  • Home
  • About Us
    • Perutusan Menteri
    • Background
    • Visi, Misi dan Moto
    • Objektif
    • Function
    • Client Charter
    • Carta Organisasi
    • Direktori
    • Tender & Sebutharga
  • Media
    • Keratan Akhbar
    • Galeri Foto
    • Buku Digital
    • Galeri Video
  • Muat Turun
  • Pautan
    • Pautan Pengguna Kerajaan
    • Pautan Berkaitan
    • Dashboard KSTI
    • Permohonan Kursus ICT dan Bahasa
    • Repositori Digital Integriti
  • Microsite
    • Sabah Screen Fest
    • MaPTIS
Close

Main navigation (mobile)

  • Home
  • About Us
    • Perutusan Menteri
    • Background
    • Visi, Misi dan Moto
    • Objektif
    • Function
    • Client Charter
    • Carta Organisasi
    • Direktori
    • Tender & Sebutharga
  • Media
    • Keratan Akhbar
    • Galeri Foto
    • Buku Digital
    • Galeri Video
  • Muat Turun
  • Pautan
    • Pautan Pengguna Kerajaan
    • Pautan Berkaitan
    • Dashboard KSTI
    • Permohonan Kursus ICT dan Bahasa
    • Repositori Digital Integriti
  • Microsite
    • Sabah Screen Fest
    • MaPTIS

Galeri Foto

09-10-2025 PROGRAM KESEDARAN INTEGRITI SEMPENA PELAKSANAAN VARSHA INTEGRITI 2025

KOTA KINABALU | KHAMIS, 09 OKTOBER 2025

PROGRAM KESEDARAN INTEGRITI SEMPENA PELAKSANAAN VARSHA INTEGRITI 2025

Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, YBhg. Tuan Hassan bin Mahali, telah menghadiri Majlis Perasmian Program Kesedaran Integriti sempena Pelaksanaan Varsha Integriti 2025 anjuran Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah (BIGONS) bersama Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (KPPK) dan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, bertempat di Dewan Auditorium, Menara Kinabalu, hari ini.

Majlis ini diisi dengan dua (2) sesi perkongsian, iaitu sesi pertama bertajuk “Tumbuk Rusuk: Systemic Corruption” dan sesi kedua bertajuk “Tumbuk Rusuk: Kesan dan Akibat” yang disampaikan oleh Encik Firdaus bin Ramlan daripada CJ Global Venture. Selain itu, majlis turut diserikan dengan Lafaz Ikrar Rukun Negara dan Lafaz Ikrar Polisi Integriti dan Antirasuah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah yang melambangkan komitmen penjawat awam terhadap nilai-nilai integriti dan tadbir urus baik.

Dalam ucapannya, YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP menegaskan bahawa integriti merupakan asas penting dalam membentuk keutuhan jati diri serta keperibadian unggul dalam kalangan penjawat awam. Beliau turut menekankan bahawa penghayatan dan pemahaman terhadap nilai integriti perlu dijadikan “perisai” untuk menghalang serta membanteras gejala salah laku, termasuk rasuah, di semua peringkat perkhidmatan awam.
#kementeriansainsteknologidaninovasisabah
#KSTI

Kembali ke Galeri Foto

KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

.

Tingkat Bawah, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya,
Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.

088-288333 | 088-269071

admin.ksti@sabah.gov.my

  • Facebook
  • YouTube
  • Dashboard KSTI
  • Direktori

Footer menu 2023

  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Polisi Hak Cipta
  • Polisi Privasi

Hak cipta © Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Kemaskini terakhir: 25/03/2026

QR code to KSTI website

REPOSITORI
Digital Integriti

Klik untuk baca lebih lanjut mengenai Integriti Digital
CAKNABAHASA