kunjungan hormat Universiti Malaysia Sabah (UMS) kepada Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James bin Ratib
Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James bin Ratib telah menerima kunjungan hormat daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Dr. Rossita Shapawi.
Kunjungan ini menjadi platform perbincangan bagi memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri dan UMS, khususnya dalam bidang pendidikan tinggi, penyelidikan, inovasi serta pembangunan modal insan selaras dengan keperluan dan aspirasi pembangunan Sabah.
Kerajaan Negeri Sabah sentiasa mengalu-alukan kerjasama erat dengan institusi pengajian tinggi bagi memastikan ekosistem pendidikan dan inovasi terus diperkasa demi masa depan generasi muda dan kemajuan negeri.



