KUNJUNGAN HORMAT YB DATUK JAMES BIN RATIB Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi sabah ke ibu pejabat Aras Integrasi Sdn. Bhd
Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James bin Ratib, telah mengadakan kunjungan hormat ke ibu pejabat Aras Integrasi Sdn. Bhd. di Menara TM, bagi meneroka peluang kolaborasi strategik dalam pembangunan serta penerapan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) khusus untuk sektor pendidikan di Negeri Sabah.
Kunjungan hormat menjadi platform penting dalam membincangkan landskap pembelajaran negeri, termasuklah pelaksanaan inisiatif One-Staff / One-AI, serta pembangunan modul AI khusus untuk Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi melahirkan tenaga pengajar yang Celik teknologi masa hadapan.
Selain itu, perbincangan ini turut memberi penekanan kepada usaha memperluaskan modul AI yang diselaraskan dengan silibus Kementerian Pendidikan Malaysia ke seluruh sekolah di Kawasan bandar dan luar bandar. Bagi mendepani cabaran infrastruktur,Kerajaan Negeri Sabah komited untuk membangunkan AI secara inklusif dan bertanggungjawab demi memperkasa pendidikan yang selaras dengan aspirasi sabah maju jaya.



