Mesyuarat Pengurusan Data Keperluan Laptop, Smart TV dan Smart Board
KOTA KINABALU | KHAMIS, 2 APRIL 2026
MESYUARAT PENGURUSAN DATA KEPERLUAN LAPTOP, SMART TV DAN SMART BOARD.
YB Datuk James bin Ratib, Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, telah menghadiri dan mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Data Keperluan Laptop, Smart TV dan Smart Board Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah bersama pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang berlangsung di Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Kota Kinabalu pada Khamis.
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada penyelarasan dan pengesahan data keperluan peralatan digital di sekolah-sekolah seluruh Sabah bagi memastikan pelaksanaan inisiatif pendigitalan pendidikan dapat dilaksanakan secara lebih terancang, menyeluruh dan berkesan.
Penyediaan kemudahan seperti laptop, Smart TV dan Smart Board merupakan antara usaha penting untuk memperkasa proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi, selaras dengan aspirasi memperkasa pendidikan digital dan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi di negeri ini.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Haji Raisin bin Saidin, bersama pegawai kanan kementerian dan jabatan berkaitan.
Kerjasama erat antara kementerian dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah amat penting bagi memastikan setiap perancangan dan inisiatif yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada sekolah, guru serta para pelajar di seluruh Sabah.



