Skip to main content

Malaysia crest

Sabah crest

.

Menu

LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

.

  • Home
  • About Us
    • Perutusan Menteri
    • Background
    • Visi, Misi dan Moto
    • Objektif
    • Function
    • Client Charter
    • Carta Organisasi
    • Direktori
    • Tender & Sebutharga
  • Media
    • Keratan Akhbar
    • Galeri Foto
    • Buku Digital
    • Galeri Video
  • Muat Turun
  • Pautan
    • Pautan Pengguna Kerajaan
    • Pautan Berkaitan
    • Dashboard KPSTI
    • Permohonan Kursus ICT dan Bahasa
    • Repositori Digital Integriti
  • Microsite
    • MaPTIS
Close

Main navigation (mobile)

  • Home
  • About Us
    • Perutusan Menteri
    • Background
    • Visi, Misi dan Moto
    • Objektif
    • Function
    • Client Charter
    • Carta Organisasi
    • Direktori
    • Tender & Sebutharga
  • Media
    • Keratan Akhbar
    • Galeri Foto
    • Buku Digital
    • Galeri Video
  • Muat Turun
  • Pautan
    • Pautan Pengguna Kerajaan
    • Pautan Berkaitan
    • Dashboard KPSTI
    • Permohonan Kursus ICT dan Bahasa
    • Repositori Digital Integriti
  • Microsite
    • MaPTIS

Galeri Foto

18-06-2026 Kunjungan Hormat daripada Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Ybhg. Datuk Haji Raisin Bin Saidin Kepada Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib

Kunjungan Hormat daripada Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Ybhg. Datuk Haji Raisin Bin Saidin Kepada Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib

KOTA KINABALU | 18 JUN 2026, KHAMIS

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, YBhg. Datuk Haji Raisin bin Saidin bagi pembentangan laporan penuh pencapaian keputusan STPM 2025 Negeri Sabah.

Tahniah kepada seluruh calon STPM 2025, para guru, pentadbir sekolah serta ibu bapa atas kejayaan yang membanggakan. Prestasi Sabah terus menunjukkan peningkatan apabila Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) meningkat daripada 2.77 (2024) kepada 2.78 (2025), dengan 158 calon memperoleh PNGK 4.00 berbanding 146 orang pada tahun sebelumnya, manakala kadar kelulusan penuh mencapai 98.87%.

Dalam pertemuan tersebut, YB Menteri turut menegaskan kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai agenda strategik bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dan daya saing generasi muda Sabah di peringkat global. Sehubungan itu, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah disaran memperkukuh program intervensi yang lebih proaktif dengan sokongan penuh daripada Kerajaan Negeri melalui KPSTI.

Semoga kecemerlangan ini menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan Sabah yang holistik, berdaya saing dan selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya.

#SabahMajuJaya #KPSTISabah #STPM2025 #PendidikanSabah

Kembali ke Galeri Foto

KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

.

Tingkat Bawah, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya,
Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.

088-277340 |

admin.ksti@sabah.gov.my

  • Facebook
  • YouTube
  • Dashboard KSTI
  • Direktori

Footer menu 2023

  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Polisi Hak Cipta
  • Polisi Privasi

Hak cipta © Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Kemaskini terakhir: 06/08/2026

QR code to KSTI website

REPOSITORI
Digital Integriti

Klik untuk baca lebih lanjut mengenai Integriti Digital
CAKNABAHASA