MAJLIS ANUGERAH HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (MAHEPA) KALI KE-27 TAHUN 2026
MAJLIS ANUGERAH HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (MAHEPA) KALI KE-27 TAHUN 2026
KOTA KINABALU | SABTU, 20 JUN 2026
Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib, telah mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, bagi menyempurnakan Majlis Anugerah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (MAHEPA) Kali Ke-27 Tahun 2026 Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).
Majlis ini mengiktiraf kecemerlangan akademik, kepimpinan, bakat serta sumbangan pelajar dan alumni UMS. Sebanyak 22 kategori anugerah telah disampaikan kepada penerima yang menunjukkan prestasi cemerlang dan memberi impak positif kepada universiti serta masyarakat.
YB Datuk James Ratib mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah dan berharap pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada mahasiswa untuk terus cemerlang, berinovasi serta menyumbang kepada pembangunan Negeri Sabah dan negara. Kerajaan Negeri kekal komited memperkasakan pembangunan belia dan kepimpinan mahasiswa bagi melahirkan modal insan berkualiti tinggi selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya.
Turut hadir Naib Canselor UMS, YBhg. Prof. Datuk Dr. Kasim bin Haji Mansor; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UMS, YBrs. Prof. Dr. Raman Noordin; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar merangkap Pengerusi MAHEPA 2026, YBrs. Encik Azmi bin Jumat; serta Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UMS, Saudara Allen Paul Justinus Situ.
#KPSTISabah #SabahMajuJaya #MAHEPA2026 #PendidikanSabah



