Skip to main content

Malaysia crest

Sabah crest

.

Menu

LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

.

  • Home
  • About Us
    • Perutusan Menteri
    • Background
    • Visi, Misi dan Moto
    • Objektif
    • Function
    • Client Charter
    • Carta Organisasi
    • Direktori
    • Tender & Sebutharga
  • Media
    • Keratan Akhbar
    • Galeri Foto
    • Buku Digital
    • Galeri Video
  • Muat Turun
  • Pautan
    • Pautan Pengguna Kerajaan
    • Pautan Berkaitan
    • Dashboard KSTI
    • Permohonan Kursus ICT dan Bahasa
    • Repositori Digital Integriti
  • Microsite
    • Sabah Screen Fest
    • MaPTIS
Close

Main navigation (mobile)

  • Home
  • About Us
    • Perutusan Menteri
    • Background
    • Visi, Misi dan Moto
    • Objektif
    • Function
    • Client Charter
    • Carta Organisasi
    • Direktori
    • Tender & Sebutharga
  • Media
    • Keratan Akhbar
    • Galeri Foto
    • Buku Digital
    • Galeri Video
  • Muat Turun
  • Pautan
    • Pautan Pengguna Kerajaan
    • Pautan Berkaitan
    • Dashboard KSTI
    • Permohonan Kursus ICT dan Bahasa
    • Repositori Digital Integriti
  • Microsite
    • Sabah Screen Fest
    • MaPTIS

Galeri Foto

23-06-2023 Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Sovereign Sengalang Sdn. Bhd. dan Yuzhnoye State Design Office.

Kota Kinabalu Sabah, 23 Jun 2023 - Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Sovereign Sengalang Sdn. Bhd. dan Yuzhnoye State Design Office.

Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman Kajian Kebolehlaksanaan Cadangan Pembangunan Industri Angkasa di Sabah secara penswastaan turut diadakan semasa Majlis Anugerah Sains Sabah. MOU ini telah ditandatangani di antara tiga (3) pihak iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Sovereign Sengalang Sdn. Bhd. dan Yuzhnoye State Design Office untuk melihat kesesuaian pembinaan Pusat Industri Pelancaran Angkasa Lepas Antarabangsa Sabah di lokasi yang akan ditentukan kelak.

Sekiranya kajian ini membawa indikasi positif, Sabah bakal membina 'space launching facility' (kemudahan pelancaran angkasa lepas) yang ke-16 di dunia dan akan meletakkan nama Malaysia menjadi negara kesembilan yang memiliki fasiliti sedemikian.

Penubuhan Sabah International Space Launch and Industry atau SLIC akan dapat memacu pertumbuhan antara 300- 500 syarikat hiliran dalam industri aeroangkasa seperti pembinaan, electronik dan logistik selain membuka lebih 90 peluang pekerjaan bergaji tinggi dan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan secara keseluruhannya serta limpahan dan kemakmuran ekonomi di Sabah.

Setakat ini kajian kebolehlaksanaan masih di peringkat awal pelaksanaannya dan mengambil masa selama enam (6) hingga 12 bulan.

Penubuhan SLIC akan memberi manfaat besar kepada rakyat dalam bentuk peluang pekerjaan baharu, memberi pulangan dengan anggaran 20% daripada hasil setiap pelancaran kenderaan angkasa yang dianggarkan mencecah RM200 juta setahun, meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan dan pembangunan tenaga pakar di Sabah. Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada persetujuan lanjut Kabinet Negeri Sabah dan selanjutnya Kabinet Persekutuan.

Kembali ke Galeri Foto

KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

.

Tingkat Bawah, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya,
Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.

088-288333 | 088-269071

admin.ksti@sabah.gov.my

  • Facebook
  • YouTube
  • Dashboard KSTI
  • Direktori

Footer menu 2023

  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Polisi Hak Cipta
  • Polisi Privasi

Hak cipta © Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Kemaskini terakhir: 06/04/2026

QR code to KSTI website

REPOSITORI
Digital Integriti

Klik untuk baca lebih lanjut mengenai Integriti Digital
CAKNABAHASA