MESYUARAT PENYELARASAN ANTARA MENTERI SUMBER MANUSIA DENGAN EXCO-EXCO SUMBER MANUSIA NEGERI-NEGERI (MEX KESUMA) BIL.1/2026
KUALA LUMPUR | KHAMIS, 30 APRIL 2026
MESYUARAT PENYELARASAN ANTARA MENTERI SUMBER MANUSIA DENGAN EXCO-EXCO SUMBER MANUSIA NEGERI-NEGERI (MEX KESUMA) BIL.1/2026
Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James bin Ratib telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Sumber Manusia dengan Exco-Exco Sumber Manusia Negeri-Negeri (MEX KESUMA) Bil.1/2026 yang berlangsung di Wyndham Grand Bangsar, Kuala Lumpur.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia Malaysia, yang menghimpunkan wakil-wakil negeri bagi memperkukuh penyelarasan dasar serta inisiatif pembangunan sumber manusia di peringkat nasional.
Platform seperti ini amat penting dalam memastikan usaha pembangunan tenaga kerja negara terus selari, berdaya saing dan responsif terhadap keperluan industri semasa, termasuk dalam memperkasa modal insan di Sabah.



