Skip to main content

Malaysia crest

Sabah crest

.

Menu

LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

.

  • Home
  • About Us
    • Perutusan Menteri
    • Background
    • Visi, Misi dan Moto
    • Objektif
    • Function
    • Client Charter
    • Carta Organisasi
    • Direktori
    • Tender & Sebutharga
  • Media
    • Keratan Akhbar
    • Galeri Foto
    • Buku Digital
    • Galeri Video
  • Muat Turun
  • Pautan
    • Pautan Pengguna Kerajaan
    • Pautan Berkaitan
    • Dashboard KPSTI
    • Permohonan Kursus ICT dan Bahasa
    • Repositori Digital Integriti
  • Microsite
    • MaPTIS
Close

Main navigation (mobile)

  • Home
  • About Us
    • Perutusan Menteri
    • Background
    • Visi, Misi dan Moto
    • Objektif
    • Function
    • Client Charter
    • Carta Organisasi
    • Direktori
    • Tender & Sebutharga
  • Media
    • Keratan Akhbar
    • Galeri Foto
    • Buku Digital
    • Galeri Video
  • Muat Turun
  • Pautan
    • Pautan Pengguna Kerajaan
    • Pautan Berkaitan
    • Dashboard KPSTI
    • Permohonan Kursus ICT dan Bahasa
    • Repositori Digital Integriti
  • Microsite
    • MaPTIS

Galeri Foto

17-05-2026 Sambutan Pelancaran Penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Paitan 2026

PAITAN | 17 Mei 2026

YBhg. Datuk Hassan Mahali, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah telah menghadiri Sambutan Penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Paitan 2026 yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib, di Dewan Datuk James Ratib, Paitan.

Penganjuran sambutan ini bukan sahaja menjadi platform untuk memelihara dan mengangkat warisan budaya masyarakat setempat, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim serta semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di daerah ini.

Sempena program tersebut, KPSTI Sabah telah membuka reruai pameran bertemakan STEM dan TVET bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai perkembangan teknologi, inovasi serta peluang pendidikan dan latihan teknikal yang semakin relevan dalam era digital masa kini.

Pengunjung turut berpeluang menyaksikan demonstrasi teknologi dan robotik serta mendapatkan penerangan secara langsung daripada pegawai dan tenaga pengajar yang terlibat. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta minat masyarakat, khususnya golongan pelajar dan belia, terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Selain itu, program ini turut diserikan dengan penyertaan jabatan, agensi dan rakan strategik serta kerjasama KPSTI Sabah, antaranya Perpustakaan Negeri Sabah (PNS), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta beberapa agensi lain yang turut mempamerkan pelbagai inisiatif, perkhidmatan dan peluang pembangunan kepada masyarakat setempat.

KPSTI Sabah komited untuk terus memperluaskan program pendidikan dan kesedaran berkaitan STEM dan TVET ke seluruh negeri bagi melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya saing selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya.

#SabahMajuJaya
#KPSTISabah
#Paitan
#STEM
#TVET

Kembali ke Galeri Foto

KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

.

Tingkat Bawah, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya,
Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.

088-277340 |

admin.ksti@sabah.gov.my

  • Facebook
  • YouTube
  • Dashboard KSTI
  • Direktori

Footer menu 2023

  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Polisi Hak Cipta
  • Polisi Privasi

Hak cipta © Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Kemaskini terakhir: 06/08/2026

QR code to KSTI website

REPOSITORI
Digital Integriti

Klik untuk baca lebih lanjut mengenai Integriti Digital
CAKNABAHASA