MAJLIS PERASMIAN MOBILE EXHIBITION “EXPERIENCING SCIENCE: ENLIGHTENING INNOVATION” TOUR IN SABAH
MAJLIS PERASMIAN MOBILE EXHIBITION “EXPERIENCING SCIENCE: ENLIGHTENING INNOVATION” TOUR IN SABAH
KOTA KINABALU | 9 JUN 2026
Puan Doria Tai Yun Tyng, Timbalan Setiausaha Tetap I KPSTI Sabah, mewakili YB Datuk James Ratib, Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, telah menyempurnakan Majlis Perasmian Mobile Exhibition “Experiencing Science: Enlightening Innovation” Tour in Sabah di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Pameran bergerak hasil kerjasama strategik antara KPSTI Sabah dan Guangxi Science and Technology Museum, Republik Rakyat China ini bertujuan menyemarakkan minat terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pengalaman pembelajaran yang interaktif, menyeronokkan dan berimpak.
UMS merupakan destinasi keenam dan terakhir bagi siri jelajah pameran ini yang telah mendapat sambutan menggalakkan di seluruh Sabah, sekali gus membuktikan minat masyarakat yang semakin meningkat terhadap sains, teknologi dan inovasi.
Pada majlis yang sama, turut diadakan perasmian Kids Learning Zone serta penyerahan sumbangan dana kepada UMS sebagai simbol komitmen berterusan dalam memperkasa pembangunan modal insan dan ekosistem STEM di Sabah.
Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Datuk Dr. Rossita Shapawi; Ketua Pustakawan UMS, Tuan Haji Zawawi Tiyunin; Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah, George Yih Ching Yaw; serta Pengarah U-Science UMS, Md. Sazali Md. Salleh.
#KPSTISabah #STEMSabah #ExperiencingScience #EnlighteningInnovation #SabahMajuJaya



