𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 (𝐌𝐓𝐏𝐍𝐠) 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝟐 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 (𝐌𝐓𝐏𝐍𝐠) 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝟐 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
KOTA KINABALU |ISNIN, 10 OGOS 2026
Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib, telah hadir menyertai Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Sabah Bilangan 2 Tahun 2026 yang berlangsung di Menara Kinabalu, Mesyuarat strategik ini menjadi platform penting dalam meneliti prestasi serta kemajuan pelaksanaan pelbagai projek dan program pembangunan di seluruh Sabah. Pertemuan ini turut bermatlamat memperkukuh penyelarasan inter-agensi antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan setiap agenda pembangunan impak tinggi dapat direalisasikan secara cekap, berkesan, dan mengikut jadual yang ditetapkan.
Sehubungan itu, YB Datuk James Ratib menegaskan kesungguhan berterusan beliau untuk memastikan sektor pendidikan, sains, teknologi, dan inovasi terus diangkat sebagai pemacu utama pemodenan serta kemajuan Sabah. Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI) kekal bersiap sedia memantapkan sinergi bersama pelbagai pihak demi memastikan setiap perancangan pembangunan mampu memberi manfaat secara berkesan dan saksama kepada seluruh rakyat, sekali gus merealisasikan aspirasi Sabah Maju Jaya.
#𝐌𝐓𝐏𝐍𝐠𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
#𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡𝐌𝐚𝐣𝐮𝐉𝐚𝐲𝐚
#𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧
#𝐒𝐚𝐢𝐧𝐬𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢𝐃𝐚𝐧𝐈𝐧𝐨𝐯𝐚𝐬𝐢
#𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
#𝐃𝐞𝐦𝐢𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭



