Majlis Penyerahan Kuih Muih Hari Raya kepada Pasukan Keselamatan dan Petugas Kesihatan sempena Aidilfitri 1447H / 2026M
Majlis Penyerahan Kuih Muih Hari Raya kepada Pasukan Keselamatan dan Petugas Kesihatan sempena Aidilfitri 1447H / 2026M
Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James bin Ratib, telah menghadiri Majlis Penyerahan Kuih Muih Hari Raya kepada Pasukan Keselamatan dan Petugas Kesihatan sempena Aidilfitri 1447H / 2026M di Menara Kinabalu,
Majlis penuh bermakna tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, sebagai manifestasi penghargaan dan pengiktirafan tertinggi Kerajaan Negeri terhadap komitmen jitu para petugas barisan hadapan dalam menggalas tanggungjawab menjaga keselamatan serta kesejahteraan rakyat, terutamanya ketika musim perayaan.
Sumbangan ini merupakan simbolik terima kasih yang tulus daripada pihak kerajaan kepada pasukan keselamatan dan agensi kesihatan, baik di peringkat Negeri mahupun Persekutuan, yang tetap setia menjalankan tugas demi memastikan kedaulatan dan kesihatan awam terpelihara.
Semoga sumbangan ini menjadi simbol penghargaan kepada mereka yang sentiasa berkhidmat demi rakyat dan negeri tercinta.



