Majlis Berbuka Puasa Jabatan Perdana Menteri dan Kerajaan Negeri Sabah bersama YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia
YB Datuk James bin Ratib, Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Jabatan Perdana Menteri dan Kerajaan Negeri Sabah bersama YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, yang berlangsung di Kompleks Kuliah Pusat Ke-2, Universiti Malaysia Sabah.
Majlis ini menjadi wadah bermakna dalam mengeratkan silaturahim antara pimpinan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah dalam suasana penuh keberkatan di bulan Ramadan.
Semoga Ramadan yang mulia ini terus memperkukuh nilai kebersamaan, perpaduan serta semangat berkhidmat kepada rakyat demi kesejahteraan negeri dan negara.



