𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐅𝐞𝐬𝐭𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐦𝐛𝐮𝐧𝐚𝐧
Festival Pendidikan STEM & TVET Daerah Tambunan telah dirasmikan oleh Dr. Mohd Asran Hj Amisah, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sains dan Matematik, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah pada, 25 Julai 2024, Khamis lalu. Turut Hadir Puan Cornelia binti Gregory Kolopis Han, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI). Tuan Haison bin Jahudin, Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan. Serta Pegawai - Pegawai Bahagian Perancangan dan Pembudayaan Sains KSTI.



