Skip to main content

Malaysia crest

Sabah crest

.

Menu

LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

.

  • Utama
  • Profil
    • Perutusan Menteri
    • Latar Belakang
    • Visi, Misi dan Moto
    • Objektif
    • Fungsi Utama Bahagian
    • Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Direktori
    • Tender & Sebutharga
  • Media
    • Keratan Akhbar
    • Galeri Foto
    • Buku Digital
    • Galeri Video
  • Muat Turun
  • Pautan
    • Pautan Pengguna Kerajaan
    • Pautan Berkaitan
    • Dashboard KSTI
    • Permohonan Kursus ICT dan Bahasa
    • Repositori Digital Integriti
  • Microsite
    • Sabah Screen Fest
    • MaPTIS
Close

Main navigation (mobile)

  • Utama
  • Profil
    • Perutusan Menteri
    • Latar Belakang
    • Visi, Misi dan Moto
    • Objektif
    • Fungsi Utama Bahagian
    • Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Direktori
    • Tender & Sebutharga
  • Media
    • Keratan Akhbar
    • Galeri Foto
    • Buku Digital
    • Galeri Video
  • Muat Turun
  • Pautan
    • Pautan Pengguna Kerajaan
    • Pautan Berkaitan
    • Dashboard KSTI
    • Permohonan Kursus ICT dan Bahasa
    • Repositori Digital Integriti
  • Microsite
    • Sabah Screen Fest
    • MaPTIS

Galeri Foto

11-02-2025 MAJLIS AMANAT YANG BERHORMAT MENTERI SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI SABAH 2025

Majlis Amanat Datuk Dr Arifin Arif Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Agama dan Pendidikan Negeri Sabah.

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) terus memperkukuh pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam usaha membangunkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing di peringkat global.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, sektor STEM dan TVET kini diiktiraf sebagai pemacu utama pembangunan ekonomi, selaras dengan keperluan Revolusi Industri Keempat (IR4.0).

“Menurut laporan Bank Dunia (2022), negara yang melabur secara strategik dalam STEM dan TVET mampu meningkatkan produktiviti tenaga kerja sehingga 30 peratus, manakala laporan UNESCO (2022) menyatakan pelaburan dalam pendidikan STEM di luar bandar boleh meningkatkan kadar celik teknologi hingga 60 peratus dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Jelas Arifin, pada tahun lalu, KSTI telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memperkasa pendidikan STEM, antaranya Festival STEM dengan peruntukan RM15,000 bagi setiap 24 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Sabah, Program Outreach STEM seperti Kembara Sains Borneo dan Mini Teater STEM, serta pameran bergerak bertemakan Experiencing Science: Enlightening Innovation di beberapa lokasi terpilih.

“Bagi tahun ini, KSTI akan terus memperkasa program TVET dengan memberi tumpuan kepada bidang strategik seperti tenaga boleh diperbaharui, ekonomi biru dan teknologi kenderaan elektrik (EV).

“Kerjasama erat dengan industri tempatan dan antarabangsa akan memastikan kurikulum TVET selari dengan keperluan pasaran kerja, selain memperkenalkan latihan kemahiran tinggi dalam bidang kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT) dan teknologi hijau,” katanya ketika menyampaikan Amanat KSTI 2025 di Sabah International Convention Centre (SICC), pada Selasa.

Menurut beliau, antara inisiatif baharu yang bakal diperkenalkan termasuk penubuhan Pusat Sains di Sandakan dan Tawau dengan tajaan PETRONAS, serta pelaksanaan program TVET dalam sektor pertanian di Liawan yang dijangka meningkatkan pendapatan petani sehingga 50 peratus berdasarkan kajian Food and Agriculture Organization (FAO) 2023.

“Dalam usaha meneroka bidang AI, kerajaan negeri turut mengambil inisiatif menubuhkan Majlis Kecerdasan Buatan Negeri Sabah (MAINS) bagi merealisasikan Pusat AI Sabah.

“Pusat ini akan menjadi hab utama untuk penyelidikan, pembangunan dan aplikasi AI dalam pelbagai sektor termasuk pendidikan, pertanian, perniagaan dan perindustrian,” ujarnya.

Tambah beliau, kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan memastikan Sabah menjadi peneraju AI di rantau ini.

“Pendidikan STEM dan TVET bukan sahaja memberikan peluang kepada generasi muda Sabah untuk memperbaiki taraf hidup, tetapi juga memastikan negeri ini kekal relevan dan berdaya saing dalam ekonomi global,” katanya.

Pada majlis itu, Arifin turut menyampaikan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) kepada 30 pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Sabah.

Hadir sama, Pembantu Menteri KSTI Datuk Harun Durabi, Setiausaha Tetap KSTI Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim, Pengarah Yayasan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Sabah Ratnawaty Talib, Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Raisin Saidin serta pengarah-pengarah agensi di bawah KSTI.

By JaPen Sabah.

Kembali ke Galeri Foto

KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

.

Tingkat Bawah, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya,
Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.

088-288333 | 088-269071

admin.ksti@sabah.gov.my

  • Facebook
  • YouTube
  • Dashboard KSTI
  • Direktori

Footer menu 2023

  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Polisi Hak Cipta
  • Polisi Privasi

Hak cipta © Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Kemaskini terakhir: 25/03/2026

QR code to KSTI website

REPOSITORI
Digital Integriti

Klik untuk baca lebih lanjut mengenai Integriti Digital
CAKNABAHASA