MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) PENGIKTIRAFAN BERSAMA LABEL KESELAMATAN ECOS – SIRIM DAN SIRIM – MUT
KOTA KINABALU | SELASA, 24 APRIL 2025
Datuk Mohd. Hanafiah Mohd. Kassim, Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah telah hadir dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Pengiktirafan Bersama Label Keselamatan ECOS – SIRIM dan SIRIM – MUT Bagi Kelengkapan Elektrik Dan Gas (Dalam Senarai Terkawal) Antara ECOS dan ILTP Serta Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran Energy Commission of Sabah (ECOS) yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor. Ketua Menteri dalam ucapannya, menekankan kepentingan kerjasama strategik dalam sektor tenaga demi kesejahteraan rakyat sekaligus menyempurnakan pelancaran Label Keselamatan ECOS-SIRIM versi terkini dan pertukaran MoU antara ECOS dan Kerajaan Sarawak, serta Program TVET Angkat ECOS bersama ILTP bagi melahirkan tenaga mahir dan usahawan Bumiputera dalam industri tenaga. Beliau turut menegaskan komitmen Kerajaan Negeri terhadap pembangunan sektor tenaga yang mampan dan menyeru belia Sabah merebut peluang dalam industri ini demi aspirasi Sabah Maju Jaya.
Turut hadir Datuk Ir. Shahelmy bin Yahya (Timbalan Ketua Menteri III, Menteri Kerja Raya), Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi (Menteri, Kementerian Utiliti & Telekomunikasi Sarawak), Dato Haji Ibrahim Haji Baki (Timbalan Menteri Utiliti Sarawak), Datuk Brenndon Keith Soh (Peguam Besar Negeri), Datuk Seri Panglima Dr. Maxismus Johnity Ongkili (Pengerusi, Energy Commission of Sabah ECoS), Datuk Ir. Abdul Nasser bin Abdul Wahid (Ketua Pegawai Eksekutif, Energy Commission of Sabah ECoS), Ts. Md Adha Rahmat (Ketua Pegawai Eksekutif, SIRIM QAS International Sdn. Bhd.), YB Datuk Dr. Yusof Yacob (Pengerusi, Qhazanah Sabah Berhad) serta jemputan kenamaan lain.



