SCENIC CREATIVE ACADEMY: ANIMATION INDUSTRIAL BRIDGING PROGRAMME TOON BOOM BATCH 3 GRADUATION DAY
KOTA KINABALU | SELASA, 30 SEPTEMBER 2025
SCENIC CREATIVE ACADEMY: ANIMATION INDUSTRIAL BRIDGING PROGRAMME TOON BOOM BATCH 3 GRADUATION DAY
Timbalan Setiausaha Tetap I Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, YBhg. Puan Doria Tai Yun Tyng, telah mewakili YBhg. Tuan Hassan bin Mahali, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah dalam menyempurnakan Majlis Graduasi Scenic Creative Academy (SCA) yang diadakan di Hotel 7 Suria, Suria Sabah, Kota Kinabalu pada minggu lalu.
Majlis Graduasi Scenic Creative Academy (SCA) siri ketiga kali ini telah meraikan seramai sepuluh (10) orang animator tempatan berbakat yang berjaya menamatkan program tersebut. Program ini, yang turut mendapat sokongan Yayasan Peneraju, telah dilaksanakan selama enam (6) bulan — meliputi tiga (3) bulan latihan intensif dan tiga (3) bulan penempatan di studio.
Dalam ucapannya, YBhg. Puan Doria Tai Yun Tyng menekankan bahawa industri kreatif memainkan peranan penting dalam mendorong inovasi, membuka peluang baharu serta memperkukuh identiti, sambil menyatakan bahawa banyak negara kini memberi tumpuan dan melabur dalam bidang kreativiti kerana ia dilihat sebagai pemacu utama ekonomi masa hadapan.
Turut hadir ialah Puan Norsidah Ajhari, Pemangku Pegawai Eksekutif SCENIC; Encik Geoffrey Sinn Hou, Pengetua Scenic Creative Academy (SCA); dan Puan Zatur Omar, Naib Presiden Eksekutif (Bahagian Strategi) Yayasan Peneraju, serta pegawai-pegawai kerajaan, agensi berkaitan dan para peserta Scenic Creative Academy (SCA) yang diraikan.
#kementeriansainsteknologidaninovasisabah#KSTI



