Skip to main content

Malaysia crest

Sabah crest

.

Menu

LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

.

  • Utama
  • Profil
    • Perutusan Menteri
    • Latar Belakang
    • Visi, Misi dan Moto
    • Objektif
    • Fungsi Utama Bahagian
    • Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Direktori
    • Tender & Sebutharga
  • Media
    • Keratan Akhbar
    • Galeri Foto
    • Buku Digital
    • Galeri Video
  • Muat Turun
  • Pautan
    • Pautan Pengguna Kerajaan
    • Pautan Berkaitan
    • Dashboard KSTI
    • Permohonan Kursus ICT dan Bahasa
    • Repositori Digital Integriti
  • Microsite
    • Sabah Screen Fest
    • MaPTIS
Close

Main navigation (mobile)

  • Utama
  • Profil
    • Perutusan Menteri
    • Latar Belakang
    • Visi, Misi dan Moto
    • Objektif
    • Fungsi Utama Bahagian
    • Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Direktori
    • Tender & Sebutharga
  • Media
    • Keratan Akhbar
    • Galeri Foto
    • Buku Digital
    • Galeri Video
  • Muat Turun
  • Pautan
    • Pautan Pengguna Kerajaan
    • Pautan Berkaitan
    • Dashboard KSTI
    • Permohonan Kursus ICT dan Bahasa
    • Repositori Digital Integriti
  • Microsite
    • Sabah Screen Fest
    • MaPTIS

Galeri Foto

07-10-2025 MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BENGKEL KESELAMATAN SIBER 2025 DAN MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH LAMAN WEB KERAJAAN NEGERI SABAH 2025

KOTA KINABALU | SELASA, 07 OKTOBER 2025

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BENGKEL KESELAMATAN SIBER 2025 DAN MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH LAMAN WEB KERAJAAN NEGERI SABAH 2025

Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, YBhg. Tuan Hassan bin Mahali, telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Keselamatan Siber 2025 dan Majlis Penyampaian Anugerah Laman Web Kerajaan Negeri Sabah 2025 yang telah diadakan di Sipadan Hall III, Sabah International Convention Centre (SICC), Selasa lepas.

Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Keselamatan Siber 2025 turut dimeriahkan dengan Majlis Penyampaian Anugerah Laman Web Kerajaan Negeri Sabah 2025, yang memberi pengiktirafan kepada jabatan serta agensi kerajaan negeri atas usaha memperkukuh keberkesanan penyampaian maklumat serta perkhidmatan dalam talian kepada rakyat. Sebanyak 36 penerima anugerah telah disampaikan pada tahun ini, berbanding hanya 9 penerima anugerah pada tahun sebelumnya — satu peningkatan ketara yang mencerminkan komitmen kerajaan negeri terhadap pendigitalan perkhidmatan awam.

Pertandingan ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) bagi memantapkan penyampaian perkhidmatan secara dalam talian melalui laman web yang berasaskan kepuasan pelanggan. Ia juga bertujuan menggalakkan semua agensi kerajaan negeri untuk sentiasa mengemas kini laman web masing-masing secara berkala dan berterusan, selaras dengan tuntutan teknologi semasa.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi Anugerah Utama Web Kerajaan Terbaik Tahun 2025: -
1) Juara (Most Inspirational Web Award)
  LEMBAGA PEMEGANG AMANAH TAMAN-TAMAN SABAH

2) Tempat Kedua (First Runner-Up)
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH

3) Tempat Ketiga (Second Runner-Up)
  LEMBAGA SUKAN SABAH

4) Tempat Keempat (Third Runner-Up)
  DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU (DBKK)

5) Tempat Kelima (Fourth Runner-Up)
  MAJLIS DAERAH BELURAN

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan penerima anugerah pada tahun ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat dan inspirasi kepada semua jabatan serta agensi kerajaan negeri untuk terus memperkukuh mutu penyampaian perkhidmatan digital di Sabah.
#KSTI
#kementeriansainsteknologidaninovasisabah
#KeselamatanSiber

Kembali ke Galeri Foto

KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

.

Tingkat Bawah, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya,
Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.

088-288333 | 088-269071

admin.ksti@sabah.gov.my

  • Facebook
  • YouTube
  • Dashboard KSTI
  • Direktori

Footer menu 2023

  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Polisi Hak Cipta
  • Polisi Privasi

Hak cipta © Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Kemaskini terakhir: 25/03/2026

QR code to KSTI website

REPOSITORI
Digital Integriti

Klik untuk baca lebih lanjut mengenai Integriti Digital
CAKNABAHASA